Petition #9:

Desakan mengurangkan caj kos pentadbiran PTPTN

Petition To: "Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional Malaysia",

Kami Mahasiswa Negara yang mewakili seluruh mahasiswa mendesak pihak Kerajaan supaya MENGURANGKAN kadar 3 peratus (atau 4 peratus) caj pentadbiran bagi pembayaran balik wang pinjaman mahasiswa Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta  daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada kadar yang lebih munasabah dan tidak menzalimi pihak peminjam.

Nilai caj pentadbiran yang dikenakan adalah tidak munasabah dan "mencekik darah" lepasan universiti yang baru memulakan karier.

Situasi yang terjadi sekarang ini ialah walaupun peminjam membayar hutang, namun nampaknya jumlah hutang tersebut bukannya semakin berkurangan, malah sebaliknya ia semakin bertambah atau tidak banyak berubah disebabkan oleh caj pentadbiran PTPTN yang terlalu tinggi. Keadaan ini lebih buruk apabila dilihat daripada kaca mata lepasan universiti swasta (IPTS) yang mana rata-rata yuran pengajian mereka adalah dua tiga kali ganda lebih tinggi berbanding penuntut di IPTA.

Inilah sebenarnya yang menjadi punca mengapa ramai liat membayar semula pinjaman PTPTN. Setiap kali bayaran dibuat, hanya sebahagian sahaja daripada bayaran tersebut yang membayar balik hutang PTPTN manakala yang selebihnya hangus untuk kos pentadbiran begitu sahaja. Keadaan ini AMAT MENGECEWAKAN dan melemahkan semangat peminjam yang cuba untuk melangsaikan hutang mereka secara konsisten pada setiap bulan. Pada akhirnya, ramai yang “fed-up” dan putus asa dengan ketaatan mereka membayar semula hutang PTPTN kerana nilai hutang yang dibayar hanya luak sedikit sahaja walaupun telah lama sejak mereka mula membuat pembayaran semula. Keadaan ini kelihatan seolah-olah peminjam bakal berhutang sepanjang hayat disebabkan kos pentadbiran yang tinggi.

Desakan ini bukan untuk menghapuskan sekaligus caj pentadbiran yang dikenakan oleh PTPTN, tetapi untuk meminta nilai kos pentadbiran sekarang diteliti semula dan pengurangan dibuat ke atas nilai tersebut kepada satu jumlah yang lebih munasabah dan tidak menzalimi pihak peminjam. Perubahan ini bakal menggalakkan peminjam membuat bayaran semula dan berasa puas hati melihat pembayaran mereka setiap bulan memberikan pengurangan yang lebih realistik ke atas jumlah nilai hutang mereka.

Kami menyarankan caj kos pentadbiran PTPTN dikurangkan sehingga 0.5% atau 1.0% yang mana ia adalah lebih munasabah bagi peminjam dan pada masa yang sama masih lagi memberikan keuntungan yang besar kepada pihak PTPTN. Pengurangan ini adalah suatu tindakan menang-menang (win-win) kerana kedua-dua pihak peminjam dan PTPTN sendiri mendapat manfaat yang positif.

Sekiranya kerajaan meluluskan pengurangan caj pentadbiran ini kepada 0.5 peratus, dan peminjam masih lagi gagal membayar pinjaman mereka, maka adalah wajar untuk kerajaan mengambil tindakan drastik seperti menahan kebenaran ke luar negara, kutipan melalui majikan, LHDN dan sebagainya.

Sincerely,
The Undersigned
(Sat, 03 May, 2008)

Videos

Caj Kos Pentadbiran PTPTN dikekalkanKerajaan Tak Berhasrat Ganti PTPTN dengan BiasiswaIklan Bayar Semula PTPTN
[Attach Video]

Photos

No photos have been attached to this petition.
[Attach Photo]

Signatures

Showing 10 latest signatures out of 154 signatures... [Sign this Petition] [View All Signatures]

Name Organization Location Comments Date Signed
anon sarawak tiap2 bln byr htg ptptn tp setakat dpt cover kos pentadbiran je. kos hidup pl mkn lama mkn tinggi. kalau mcm ni, smpai ke tua pn x langsai pinjaman. 04-Sep-2010
Anonymous kelantan Kadar kos pentadbiran pinjaman PTPTN sangat membebankan walaupun kerajaan telah mengumunkan pada kadar 1%, tapi kadarnya masih pada 4-3%. 22-Aug-2010
Nizam port dickson ptptn menyiksakan 19-Aug-2010
kamal nor azwan kamarudin serdang kurangkan caj ptptn. bayar sampai matipun xkan habis kalo caj tinggi sgt. bulan2 bayar caj jea. tp hutang xusik. tambah lagi ada. kije gile bayar ptptn. Nak blaja pun susah. jadi lebih baik xpayah blaja. 30-Jul-2010
Hasrol Terengganu Assalamualaikum wbt. Saya menyokong sepenuhnya petisyen ini. Diharap agar pihak berkenaan mengambil perhatian berkenaan isu ini dan membuat keputusan yang tepat. Caj yang dikenakan membebankan para peminjam untuk membayar balik pinjaman. Caj ini seperti riba dan Allah melaknat orang yang memakan riba. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Allah akan melaknat pemakan riba, yang memberi makan, dua orang saksinya dan juru tulisnya.” - Riwayat Ahmad dan Abu Daud. Huraian & Pengajaran Hadis: i) Mencari rezeki merupakan sebahagian daripada ibadah. Begitu juga sebaliknya. Agihan kekayaan yang tidak seimbang akan menjadi punca terjadinya segala jenayah berbentuk korupsi. ii) Di antara rezeki yang haram menurut pandangan Islam ialah rasuah, makan harta anak yatim tanpa hak, mencari rezeki dengan meminta-minta, riba, perdagangan benda yang memabukkan, perjudian, penipuan dalam timbangan, menjual barang rosak dan barang tiruan. iii) Riba yang dari segi istilah bermaksud ‘az ziadah’ (tambahan) iaitu tambahan di atas modal sama ada sedikit atau pun banyak (beban bunga) di mana ia adalah termasuk salah satu daripada dosa-dosa besar kerana ia merupakan pemerasan orang kaya terhadap orang miskin yang membuatkan orang kaya menjadi bertambah kaya dan orang miskin menjadi bertambah melarat. iv) Pemakan riba akan mendapat hukuman yang berat sebagaimana firman Allah S.W.T yang bermaksud :“Orang memakan riba atau mengambilnya, ia tidak dapat berdiri (hidup) melainkan keadaan seperti orang yang dirasuk syaitan atau macam orang gila (kehilangan akal)” al-Baqarah : 275) Dalam surah dan ayat yang sama juga selanjutnya Allah berfirman bahawa orang yang mengulangi memakan riba setelah ia mengetahui hukumnya, maka Allah akan memasukkannya ke dalam neraka dan kekal di dalamnya. v) Semasa peristiwa Isra' dan Mikraj, Rasulullah s.a.w telah ditunjukkan bagaimana seorang yang berenang dalam sungai darah. Setiap kali orang berkenaan menghampiri tebing, dia telah dilontar dengan batu. Penjelasan yang diberikan oleh malaikat ialah orang ini sewaktu di dunia adalah pemakan riba. vi) Sistem riba adalah sistem yang buruk dari segi ekonomi. Oleh itu untuk menghindari dari kemungkinan terlibat ke dalam riba yang dilarang oleh Islam, (walaupun batas-batas yang dianggap riba masih diperselisihkan di kalangan para ulama) jalan yang paling selamat adalah melakukan muamalah berdasarkan ajaran lslam sama ada secara mudharabah, musyarakah, murabahah atau wadi'ah. vii) Riba lawannya sedekah kerana sedekah merupakan kerelaan memberikan harta benda tanpa mengharapkan imbalan dan balasan. Sedangkan riba, ia menuntut kembali wang yang dipinjamkannya bersekali dengan bunganya yang dikaut daripada penat jerih orang yang meminjamnya. Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 12-Jul-2010
Anonymous Kajang Sentiasa bayar hutang. tapi caj pentadbiran yang tinggi dah mcm pinjam dgn Along. SHIYUT!!! 05-Jul-2010
shazeti melaka masih berusaha untuk membayar setiap bulan, sebab hutang itu wajib dibayar tetapi habis2 lagi..bila nak habis ni???? 28-Jun-2010
Anonymous Terengganu aku pon da pening ni..ni blm lagi ade utang lainnn..adushhh ptptn.... 28-Jun-2010
Mohd Jasmin Melaka Caj yang membebankan..tiada beza antara ptptn dgn ahlong..klau kami ada duit, kami pun tak hingin nak pinjam 22-Jun-2010
mahirah bt pht sokong!!andai ada yg tdk mampu membyrnya,pihak terbabit harus sedar ia berpunca dr kalian jua.... 07-Jun-2010

[Sign this Petition] [View All Signatures]
Total Signs:
154
View All Signs

Author:

Mohd Hafizi

Tags:
ptptn, government,

Embed Widget: Copy & paste code:

Close [X]
Close [X]
Close [X]
Close [X]