Petition #76:

PETISYEN MEMBANTAH PENGGANTUNGAN PROFESOR ABDUL AZIZ BARI

Petition To: "REKTOR UIAM. YBHG PROF. DATO' DR ZALEHA KAMARUDDIN",

Kami melahirkan rasa dukacita terhadap tindakan penggantungan yang dikenakan terhadap seorang pakar perlembagaan di Malaysia. Apatah lagi, beliau telah menyumbang bakti di bumi UIAM digantung tanpa diadili terlebih dahulu.

            Perkara ini jelas bertentangan dengan Fasal 10 Perlembagaan Malaysia yang menyentuh berkenaan kebebasan bersuara. Yang lebih menyedihkan, kebebasan  akademik secara jelas telah dicabul. Jenayah akademik dan intelektual sebegini tidak dapat diterima oleh seluruh rakyat Malaysia secara amnya dan warga UIAM khususnya.

            Yang nyata, isu yang dibangkitkan oleh ahli akademik ini perlu dijawab dengan secara  ilmiah, bukan dengan cara politik murahan dan tidak bertamadun. tindakan penggantungan sebegini serta layanan terhadap Prof. sedikit sebanyak telah menjejaskan imej UIAM di mata dunia.

Oleh hal yang demikian, kami mewakili seluruh warga UIAM menuntut :

1.      Penjelasan dari pihak tertinggi UIAM berkenaan isu ini kepada seluruh warga UIAM

2.      Pihak universiti perlu menarik balik penggantungan terhadap prof

3.      Satu sesi public hearing (pengadilan di tempat terbuka) dijalankan di dalam UIAM bagi mendapatkan penjelasan kedua-dua belah pihak

Kami juga menolak sebarang campur tangan pihak luar terutama bagi mereka yang mempunyai kepentingan politik dan peribadi dalam menyelesaikan isu ini.

Akhir kata, kami menyeru kepada semua pihak untuk menghormati kesucian Taman Ilmu dan Budi , demi nusa,bangsa dan agama ISLAM yang tercinta. Tambahan pula apabila membawa nama Universiti ISLAM antarabangsa!

Let’s the truth speak for itself!

MOHAMAD IQBAL AB WAHAB

PRESIDEN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UIAM

Sincerely,
The Undersigned
(Fri, 21 October, 2011)


Discuss This Petition

Videos

No videos have been attached to this petition.
[Attach Video]

Photos

No photos have been attached to this petition.
[Attach Photo]

Signatures

Showing 10 latest signatures out of 358 signatures... [Sign this Petition] [View All Signatures]

Name Location Comments Date Signed
Anonymous UMSKAL Keadilan buat Prof Aziz Bari perlu dituntut.... 31-Oct-2011
Hew Hooi Yin Malaysia 30-Oct-2011
Anonymous Malaysia 30-Oct-2011
Muhammad Akmal Gombak jangan ikut politikk taik! 29-Oct-2011
Mohd Hairi Shazwan Bin Jali UIAM Gombak Campus Perangi kezaliman itu wajib. 27-Oct-2011
Anonymous kuantan 26-Oct-2011
Abdullah B. Salleh Gombak,KL It is a sad day indeed when and academic body bows to communal Political pressure. 26-Oct-2011
Anonymous UMS,Sabah Intelectual Freedom! 25-Oct-2011
Aishah Seremban 24-Oct-2011
m.zikrulamin gombak say yes to academic freedom..support prof aziz bari 23-Oct-2011

[Sign this Petition] [View All Signatures]
Total Signs:
358
View All Signs

Author:

iqbal

Tags:
,

Embed Widget: Copy & paste code:

Close [X]
Close [X]
Close [X]
Close [X]