Petition #69:

PETISYEN MEMBANTAH KELEWATAN PROJEK HOSPITAL SHAH ALAM

Petition To: "Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak",

01 Jun 2011

Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia
Pejabat Perdana Menteri,
Blok Utama, Bangunan Perdana Putra,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, MALAYSIA

Y.A.B. Datuk Seri,

PETISYEN MEMBANTAH KELEWATAN PROJEK HOSPITAL SHAH ALAM

 Dengan segala hormatnya perkara  di atas dirujuk.

2. Kami yang bertandatangan di bawah, ingin merakamkan perasaan amat dukacita atas terbengkalainya projek pembinaan Hospital Shah Alam selama satu tahun tanpa adanya penyelesaian hingga ke hari ini.

 3. Semenjak projek ini dihentikan pada Jun 2010, kami dimaklumkan bahawa ianya akan ditender kembali melalui proses tender terhad di mana kontraktor-kontraktor berwibawa sahaja akan dijemput dan projek ini akan dimulakan kembali paling lewat pada Mac 2011.

 4. Sekarang, kami dimaklumkan bahawa tender telahpun dipanggil dan sebut harga dari 6 kontraktor yang dijemput telahpun diterima tetapi tender berkenaan dibatalkan dan tender baru akan dipanggil. Ini dengan sendirinya bermakna bahawa projek Hospital Shah Alam akan terbengkalai untuk tempoh paling kurang 10 bulan lagi sebelum ianya dimulakan kembali.

 5. Pemanggilan tender baru akan menyaksikan Hospital ini paling awal disiapkan pada 2015 sedangkan ia sepatutnya siap pada 2011. Bagaimanakah projek yang sepatutnya mengambil masa 4 tahun boleh tergendala sehingga 8 tahun?.

 6. Kelewatan ini bererti warga Shah Alam dinafikan perkhidmatan kesihatan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Pusat. Pada masa yang sama tapak projek dewasa ini dalam keadaan terbiar dan telah menjadi kawasan pembiakan nyamuk aedes.

 7. Kami ingin menyatakan bahawa terbengkalainya projek ini adalah bukti ketidakmampuan Menteri Kerja Raya. Beliau telah membenarkan perebutan kontrak di antara kroni serta lebih mengutamakan politik dari perkhidmatan kesihatan untuk rakyat.

 8. Berterusannya keadaan ini tanpa adanya apa-apa tindakan dari Kerajaan Pusat akan bererti ianya suatu keadaan yang dipandang remeh oleh kerajaan Pusat atau ianya disengajakan sebagai suatu penderaan terhadap warga Shah Alam.

 9. Kami yang bertandatangan di bawah ingin menuntut supaya projek ini dimulakan kembali dengan kadar segera. Sekiranya gagal, Menteri Kerja Raya hendaklah meletak jawatan atau beliau dipecat sebagai Menteri Kerja Raya oleh Perdana Menteri.

Sincerely,
The Undersigned
(Sat, 04 June, 2011)


Discuss This Petition

Videos

No videos have been attached to this petition.
[Attach Video]

Photos

No photos have been attached to this petition.
[Attach Photo]

Signatures

Showing 10 latest signatures out of 156 signatures... [Sign this Petition] [View All Signatures]

Name Location Comments Date Signed
Norshahirah Binti Mohd Noor shah alam hospital sudah lama terbengkalai.hak rakyat perlu diutamakan. 08-May-2012
Shuib Kasa Kg Sg Kayu Ara Elementary Watson, Hospital, School, House of Worship, Police station, Bomba, etc.., Basic town planning. 07-May-2012
Morhalim Osman Shah Alam We the rakyat need this hospital Now! 18-Apr-2012
Anonymous Klang 06-Apr-2012
shahrul hazaha m.haris bentong, pahang 25-Feb-2012
Noor Sabarina Ahmad 16-Feb-2012
Anonymous seksyen 19 shah alam UMNO sucks people money. 14-Feb-2012
Yeoproy Shah Alam 09-Feb-2012
md zain bin hassan section 7 shah alam jangan politikkan hospital-hak rakyat tidak kira siapa pun yang memerintah,ingat! 08-Feb-2012
Wan M Luqman Sek 7 Shah Alam Muga Allah menurunkan bala pada pemimpin yg tidak berlaku adil 08-Feb-2012

[Sign this Petition] [View All Signatures]
Total Signs:
156
View All Signs

Author:

Khalid Samad

Tags:
rakyat, shah alam, selangor, hospital,

Embed Widget: Copy & paste code:

Close [X]
Close [X]
Close [X]
Close [X]